Assalamualaikum.
*This is my simple pelamin tunang*
"Mak, kita buat pelamin sendiri nak?" . Mak: Ok. Bunyi mak yang macam dah malas nak layan bila semua benda nak buat sendiri. Mihmih. Nasib baik la anak mak sorang. Bila sekali pandang pon dah tahu pelamin ni buat sendiri. Bukan susah cuma jahit langsir, buat alas kusyen baru, letak bantal kecik kiri kanan, letak karpet, letak bunga. Dah. oh lagi satu letak spot light kat belakang.
Langsir dan sarung kusyen putih tu aku jahit sendiri. Kain langsir beli rm3.00/meter. Beli banyak, 16 meter. Sebab kau nampak kedut-kedut tu, baru cantik sikit. Hihi.
*proses menjahit, memasang atau jadi tempat tidur kucing aku*
Dekat belakang kerusi tu aku letak meja putih panjang, aku amik dalam bilik aku je. Lepas tu aku letak karpet warna kelabu coklat camtu pinjam nenek punya. Lepas dah pasang semua, memang otak ni cakap kena pasang spotlight, sebab aku dah imagine ada lampu memancar dari bawak tu mesti kebabom. Hasil dia memang bagi impak, yelah sebab imaginasi aku selalu lebih dari biasa. hihi.
*kan kan? lebih kebabom! lepas dah siap jadi tempat tidur kucing aku jugak, memang hobi dia tidur*
Lepas siap semua tu, aku buat stand kaca untuk letak bunga. Sebab nak save, aku beli cermin muka je kat kedai 2 ringgit. Aku beli 10, dan proses meng-gam, balut silotape pon bermula. Gam pakai gam khas untuk kati semua tu, jangan pegi pakai gam kertas lak ye. Pasu-pasu kaca beli jugak. Total pasu lebih kurang rm70.00.
Pelamin tanpa bunga dah siap! Bunga pakai fresh flower sebab lagi murah pada bunga plastik. Cuma bunga plastik boleh simpan la. Nak simpan bebanyak pon watpe dok? Tapi fresh flower nampak lebih hidup pelamin tu. Depends lah nak pakai bunga ape, sebab pelamin korang gak, bukan orang lain. Lepas habis majlis bagi dekat makcik-makcik sorang sepasu bawak balik rumah buat hiasan, tapi pasu pulangkan. Sekaligus dapat mengeratkan tali kekeluargaan. mihmih. Bunga mak tempahkan seminggu awal sebelum majlis dekat aunty jual bunga india tepi jalan tu. Amik 6 bundle. sehari sebelum majlis pergi amik kat dia. Malam tu gubah, bunga tetap segar sampai esok hari. Tak susah jaga bunga kekwa ni, sebab dia cekal dan tabah berbanding bunda ros yang lebih mahal.
*bab gubah bunga bagi mak kite buat, sebab kita tak pandai sangat macam mak.hikhik*
Akhirnya siap lah pelamin aku. Total kos semua takdelah murah sangat, lebih kurang rm400 tapi bawah rm500. but still, barang semua kita punya and boleh reuse masa nikah. Memang nikah pon nanti pakai yang ni je. Maybe tukar bunga ke bagi lain sikit, tengok lah tu idea nikah nanti punya cerita, yang pasti nampak cantik, inshaAllah. Tapi kalau tempah dekat butik pon harga rm400 tu cuma boleh dapat pelamin mini, lepas tu nanti nikah pon kena tempah lain dah lebih rm1000 jugak. Aku rasa berbaloi dengan apa yang aku buat sebab kena dengan citarasa aku. Kat butik nanti tah pape lak rupanya nanti. Kan?
Tata.











