Assalamualaikum
Dari dulu lagi memang aku berazam semua baju-baju untuk majlis aku, aku nak jahit sendiri. Aku memang minat gila menjahit, sebab bila dah siap aku rasa puas dengan hasil tangan aku. Bila tarikh untuk pertunangan aku dah confirm, aku pon singgah la Jakel dekat Jalan TAR untuk beli kain. Dari dulu, dalam kepala aku baju tunang mesti dan seharusnya warna pink. Bila bagi tau mak, " Mak ila dah beli kain untuk baju tunang, warna pink" . Mak aku dengan muka terkejut cakap, "Eee dari kecik semua warna pink, tukar lah warna lain". Tapi aku berdegil jugak, sebab tu memang angan-angan aku sejak kecil. * Haa kecik-kecik dah berazam nak baju tunang warna pink kau! okay la, mak aku boleh terima lagi. Then bila aku cakap aku nak jahit sendiri, mak aku terkejut buat kedua kalinya. Nasib baik la mak muda sihat lagi. mihmih. Mak cakap baju siap lagi banyak cantik-cantik. Tak jadi nanti macam mana baju tu. Aku diam seribu bahasa. Tapi kalau dah baju tu aku nak pakai, mesti la aku buat cantik-cantik ye dok.
Aku beli tiga jenis kain di JAKEL. Kain satin lining 3 meter, kain chiffon 7 meter dan kain net 1 meter. Chiffon aku beli banyak sebab aku nak buat kain dia flare dan untuk shawl sekali. Kain net aku saja beli ingat nak buat veil tapi aku memang tak suka pakai veil tambah lagi untuk tunang je, so aku buat kain tu reben ikat belakang dan bunga 3D. Kain murah-murah je aku ambil. hihi. aku try pergi tengok kain dekat bridal section tingkat atas. Telan air liur menangis aku tengok harga dia sikit punya mahal. Aku pon laju-laju turun baik aku beli kain biasa-biasa je dah. Tak nak aku buang duit sangat, kalau kaya takpe. mihmih.
Total damage untuk kain = RM 90
Aku jahit baju dengan berhati-hati takut salah dan membazir pulak nanti. Aku potong kain lama dah, then aku terpaksa berhenti menjahit dulu sebab aku nak final exam. Aku taknak pulak nanti jadi macam yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. EH boleh la aku taktau betul ke tak. hehe.
Potong kain kejap je, 2 jam settle.
Lepas aku habis 3 paper exam, aku ada gap 4 hari sebelum paper terakhir aku. Aku balik rumah sekejap and terus pergi hanta baju jahit tepi. Masa aunty tu jahit tepi, aku perati je apa dia buat. Aku takut salah mati aku baju penting tu. hikhik. Lepas tu balik aku terus jahit. 2 hari settle aku jahit baju sahaja without beadings. Selesai je exam aku, aku sambung siapkan buat beadings semua lebih kurang 2 hari siap lah. Campur tolak lima hari la baju aku tu siap. Cepat la jugak tu kan.
Hiasan baju aku cuma susun bunga 3D yang aku buat sendiri menggunakan kain yang sama. Part tu je lah yang crucial sikit. Hehe sakit tengkuk buat bunga tu. Then aku just tambah kain lace manik-manik warna bronze yang lebih-lebih baju aku dulu. Aku tak beli baru pon. Aku just beli batu-batu permata kecil tu bagi bersinar sikit gitu.
Total damage beadings = RM 20
zip = RM 2
jahit tepi biasa dan halus untuk tudung dan bawah kain = RM10
TOTAL DAMAGE KESULURUHAN BAJU = RM 122 * within budget lagi, aku terharu. *
till then, wait for the enxt update. xoxo








No comments:
Post a Comment