Monday, May 25, 2015

TUTORIAL 3D FLOWER

Assalamualaikum 




Kali ni aku rajin so nak cerita sikit macam mana aku buat bunga-bunga 3D macam gambar kat atas. Masa aku fikir-fikir pasal baju tunang aku, aku nak ia comel-comel sweet girlish gitu. Sebab aku masih bujang so takpela sweet-sweet lagi. Tunggu nikah aku akan buat baju yang nampak matang sikit. Hihi.

Depends korang nak guna material apa untuk bunga ni. Macam aku, aku guna kain chiffon dan kain net. Kain net senang sikit kerja sebab tak payah nak bakar lilin bagai. Kain lain kena bakar lilin takut nanti kalau tak lepas basuh berbulu bulu pulak. Kalau boleh jangan la guna kain keras-keras macam cotton ke, nanti bunga tak berapa cantik.

Firstly, potong kain jadi bentuk bunga macam gambar kat bawah. Korang boleh download je acuan bunga kat google atau tangan berseni boleh lukis sendiri dekat kertas. Then, baru tekap atas kain. Buat banyak keping terpulang pada kuantiti bunga. Satu kuntum bunga korang boleh pakai dalam 4 hingga 6 keping. Lagi banyak keping, lagi kembang bunga tu. Aku pakai 4 keping je untuk bunga chiffon and 6 keping untuk bunga net.




Lepas potong, bakar lilin keliling kelopak bunga. Dia akan jadi hodoh sikit tapi takpe. Lepas jahit akan nampak cantik.



Dah habis bakar lilin, lipat sekeping bunga tu kepada empat kemudian jahitkan. Tengok gambar ye nak bagi lagi faham. Lakukan step yang sama untuk kepingan yang lain. Kemudian camtumkan keping-kepingan tersebut dan jahit. Terpulang nak guna berapa keping. Macam gambar tu aku guna 4 keping sahaja. 





Dah siap pon, senang je. Cuma kena rajin dan sabar. Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment